
KUALA TERENGGANU, 25 Mei – Ketiga-tiga jenazah mangsa insiden Platform Sepat semalam, telah dituntut ahli keluarga selepas selesai proses bedah siasat di Unit Jabatan Forensik,
Hospital Sultanah Nur Zahirah, HSNZ Kuala Terengganu, kira kira pukul 2.54 petang tadi.
- Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid selesai dibedah siasat pada 12.24 tengahari.
- Jenazah Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam selesai dibedah siasat pada 1.34 petang dan dikebumikan di Setali, Kuantan.
- Jenazah Ahmad Fiqri Zakaria dari Melaka dituntut keluarga dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang.
- Suasana hiba di Unit Forensik apabila keluarga mengiringi mangsa; seorang mangsa cedera parah masih dirawat dan dilaporkan stabil.
Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dari Bandar Indera Mahkota, Pahang selesai di bedah siasat pada pukul 12.24 tengahari tadi.
Jenazah Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, juga dari Pahang selesai dibedah siasat pada pukul 1.34 petang.
Kedua duanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan.
Sementara itu, jenazah ketiga, Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dari Melaka dituntut keluarga kira kira pukul 2.54 petang tadi.
Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Melaka.
Suasana hiba menyelubungi Unit Forensik HSNZ apabila semua ahli keluarga mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
Seorang lagi mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di HSNZ dan keadaanya dilaporkan stabil.