Kes tetak : 11 lelaki ditahan bantu siasatan

Suspek yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 22 hingga 41 tahun

IPOH, 5 September – 11 individu ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki cedera parah diserang di Taman Pengkalan Jaya, di sini, Selasa lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek warga tempatan berusia antara 22 hingga 41 tahun.
  • Mangsa dikejar dan ditetak di kandang lembu; terjun ke Sungai Kinta, cedera pada muka, tangan, kaki dan belakang.
  • Kejadian dipercayai berkaitan dendam kumpulan penjenayah terancang; kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek yang ditahan merupakan warga tempatan berusia antara 22 hingga 41 tahun.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 26 tahun didatangi sekumpulan lima lelaki yang menaiki dua buah kereta di kandang lembu miliknya, sebelum kesemua suspek mengejar dan menyerang mangsa.

Mangsa yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Kinta ditetak menggunakan senjata tajam, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada muka, tangan, kaki dan belakang badan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada dendam dan rasa tidak puas hati kumpulan penjenayah terancang terhadap mangsa.

“Kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah dan jenayah kekerasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.