
JOHOR BAHRU, 6 Julai – Seorang lelaki berusia 48 tahun maut, selepas digilis sebuah lori dalam satu kemalangan di kilometer 7.6, Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Mangsa bekerja sebagai pemandu jentera angkat susun barang.
- Disahkan meninggal di lokasi akibat kecederaan parah pada perut dan kaki.
- Kemalangan bermula apabila motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah motosikal lain.
- Mangsa terjatuh lalu digilis lori yang berada di laluan sama; kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu jentera angkat susun barang, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian perut dan kaki.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan, sebelum bergesel dengan sebuah motosikal lain.
“Akibat pergeseran terbabit, mangsa terjatuh kemudian digilis lori yang berada di laluan sama,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.