Cubaan seludup 30 kotak minyak masak bersubsidi ke Thailand gagal

30 kotak minyak masak bersubsidi cuba diseludup ke Thailand/Foto PGA Briged Tenggara

KOTA BHARU, 13 November – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 30 kotak minyak masak bersubsidi seberat 510 kilogram (kg) di sebuah rumah di Kampung Bunohan, Tumpat, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan dalam serbuan.
  • Pemeriksaan di belakang rumah menemui stok yang ditutup dengan kain hitam; suspek gagal mengemukakan dokumen berkaitan.
  • Suspek mengaku membeli minyak selama dua tahun untuk diseludup ke pasaran Thailand dan menjadikan rumah itu pusat pengumpulan stok.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961; semua rampasan diserahkan kepada KPDN Kelantan untuk tindakan lanjut.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan di bahagian belakang rumah suspek menemukan 30 kotak minyak masak yang disimpan dan ditutup menggunakan kain hitam.

Menurutnya, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan barangan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam aktiviti membeli minyak masak selama dua tahun untuk diseludup ke pasaran Thailand.

“Suspek turut menjadikan rumah berkenaan sebagai pusat pengumpulan stok minyak masak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

30 kotak minyak masak bersubsidi cuba diseludup ke Thailand/Foto PGA Briged Tenggara

Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1,275.00

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Semua rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.