Wanita maut dipercayai dijerut

Logo PDRM / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 November – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita yang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah rumah di kawasan Banting, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut pada bahagian leher berdasarkan pemeriksaan awal.
  • Pusat Kawalan IPD Kuala Langat menerima maklumat melalui MERS 999 kira-kira pukul 1.00 tengah hari.
  • Difahamkan suspek merupakan anak kepada mangsa.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302; motif masih dalam siasatan. Orang ramai diminta hubungi 03-3187 2222.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi menerusi satu kenyataan berkata, mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut pada bahagian leher berdasarkan pemeriksaan awal.

“Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada MERS 999 kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi.

“Difahamkan, lelaki yang ditahan itu merupakan anak kepada mangsa,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala motif kejadian masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.