PGA rampas dua tan beras seludup di Tumpat

80 kampit beras pelbagai jenama seberat dua tan metrik yang disyaki diseludup dari Thailand dirampas PGA di Tumpat/Foto PGA Briged Tenggara

KOTA BHARU, 13 November – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kira-kira dua tan beras pelbagai jenama yang disyaki diseludup dari Thailand, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bunohan, Tumpat semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan kira-kira pukul 4.30 petang; seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan.
  • Pemeriksaan menemui 80 kampit beras pelbagai jenama bernilai anggaran RM8,000.
  • Beras dipercayai diseludup dari Thailand melalui pangkalan haram Pohon Tar menggunakan kenderaan, disimpan di rumah suspek.
  • Suspek mengaku terbabit sejak 2025; ditahan di bawah Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras; rampasan diserahkan kepada KSPBN.

Serbuan kira-kira pukul 4.30 petang menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan membeli dan menjual beras seludup.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan di rumah suspek menemukan 80 kampit beras pelbagai jenama dengan anggaran nilai keseluruhan RM8,000.

Menurutnya, beras berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui pangkalan haram Pohon Tar, Tumpat, menggunakan kenderaan sebelum dikumpulkan di rumah terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam aktiviti membeli beras seludup sejak 2025.

“Dia turut menjual dan mengambil tempahan beras berkenaan untuk dipasarkan di sekitar Kota Bharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah rumah di Kampung Bunohan dijadikan pusat penyimpanan 80 kampit beras pelbagai jenama/Foto PGA Briged Tenggara

Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994.

Semua barangan rampasan diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan (KSPBN) untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.