10 Anggota PGA ditahan bantu siasatan kes pemerasan kilang e-waste

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Seramai 10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan sebuah kilang e-waste di Pulau Pinang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kesemua anggota bertugas di Batalion 2 PGA Kulim, Kedah.
  • Mereka berusia antara 30 hingga 40 tahun, berpangkat Inspektor hingga Konstabel.
  • Siasatan kini dikendalikan oleh Polis Kontinjen Pulau Pinang, pegawai penyiasat negeri akan ambil tindakan lanjut.
  • PDRM menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kesemua anggota berkenaan bertugas di Batalion 2 PGA Kulim, Kedah.

Menurut beliau, kesemua mereka yang berusia antara 30 hingga 40 tahun dikenal pasti terdiri daripada pegawai berpangkat Inspektor hingga anggota berpangkat Konstabel.

“Kes berkenaan masih dalam proses siasatan dan pegawai penyiasat daripada polis negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan lanjut.

“PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dengan jenayah,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan kini dikendalikan oleh Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Bagaimanapun, setakat ini tiada perincian diberikan mengenai peranan setiap anggota yang ditahan atau jumlah sebenar wang yang dipercayai terbabit dalam kes pemerasan berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.