fb fb fb fb fb

Zamri Vinoth direman dua hari bantu siasatan kes hina agama

Zamri berpakaian serba hitam tiba di Kompleks Mahkamah Kangar, sekitar pukul 8.47 pagi

KANGAR, 28 Mac - Pendakwah bebas Zamri Vinoth direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menghina agama dan menggugat ketenteraman awam.

Beliau dipercayai melakukan perkara berkenaan menerusi satu hantaran di platform Facebook.

Perintah reman terhadap pendakwah berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd. Nor.

Bagi prosiding permohonan reman hari ini, Zamri diwakili seramai 10 peguam diketuai oleh Zuhair Mohd. Zakuan.

Terdahulu, Zamri kelihatan tenang sewaktu dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, sekitar pukul 8.47 pagi dengan menaiki van Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau yang berpakaian serba hitam turut sempat melaungkan kata-kata ‘lawan tetap lawan’ ketika dibawa masuk ke kompleks itu bagi mendapatkan perintah reman tersebut.

Turut kelihatan penyokong beliau di perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar, sebagai tanda solidariti ke atas pendakwah itu.

TETITIA YUSOFF