KUCHING, 12 Jun- Seorang lelaki tempatan kerugian lebih RM200,000 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian di Kuching.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah menerusi kenyataan media memaklumkan lelaki berusia awal 40-an itu tertipu setelah mengikuti pelaburan yang diiklankan semasa melayari Facebook.
Beliau berkata, mangsa telah dimasukkan dalam kumpulan Whatsapps bernama "PIMCO Malaysia Station" bagi melakukan pelaburan selain aplikasi "T.RowerPricePlus"
"Mangsa yang dijanjikan pulangan lumayan telah melakukan 18 transaksi ke enam akaun syarikat berbeza sejak April hingga bulan ini berjumlah RM271,100,"katanya.
Ahsmon memaklumkan, mangsa telah membuat laporan polis semalam.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.