fb fb fb fb fb

Remaja cabul kanak-kanak di masjid direman seminggu

Foto RTM

KUALA KUBU BAHARU, 22 Februari- Seorang remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali, Selangor; direman seminggu bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baharu pagi tadi.

Tempoh tahanan reman tersebut berakhir pada 28 Februari depan.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada pukul 10.45 pagi dengan diiringi polis.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki menyelinap masuk ke ruang solat wanita, sebelum memeluk dan melarikan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang solat.

Suspek melarikan diri selepas mangsa melawan.

Namun, berjaya dikesan dan ditangkap di kediamannya yang terletak kira-kira satu kilometer dari masjid tersebut.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM