fb fb fb fb fb

Polis edar lakaran wajah suspek simbah asid Faisal Halim

Lakaran wajah suspek simbah asid Faisal Halim

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan lakaran wajah suspek yang dipercayai terlibat dalam kes simbah asid terhadap pemain pasukan Selangor FC, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata anggaran umur suspek ialah 30 tahun dengan ketinggian 165 sentimeter.

"Suspek bertubuh sederhana dan berkulit sawo matang.

"Orang ramai yang mengenali individu berwajah seperti lakaran tersebut, diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Ins M. Jagachandran, di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam kejadian 5 Mei lalu, Faisal melecur tahap empat disimbah asid oleh lelaki yang tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

GRACE AISYAH KEDAYAN