fb fb fb fb fb

Perangi isu GISBH dan ajaran sesat lain sehingga ke akar umbi-Sultan Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad/ Foto RTM

IPOH, 9 Oktober-Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengarahkan agar isu berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dan ajaran sesat lain di negeri tersebut diperangi habis-habisan sehingga ke peringkat akar umbi.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu merupakan keutamaan yang ditekan oleh Sultan Nazrin ketika sesi menghadap semalam (Isnin).

Jelasnya, laporan lengkap berkaitan GISBH yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) turut dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.

Saya sudah persembahkan laporan kepada Tuanku Sultan Perak.Baginda akan mengambil tindakan untuk memanggil Mufti, Jabatan Mufti dan JAIPK bagi mengambil tindakan berikutnya.

"Sebab kita ada Majlis Fatwa Negeri yang perlu bersidang.Tuanku memberi pandangan yang sama sebab ia berkaitan dengan akidah. Jadi, kita perlu tanganinya sehingga ke akar umbi dan Insya-Allah kita akan buat yang terbaik", katanya demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen SUKMA dan Para SUKMA di Ipoh, pada Selasa.

Datuk Seri Saarani sebelum ini menjelaskan isu tersebut akan diperincikan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan Sultan Nazrin.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD