fb fb fb fb fb

Penahanan tiga doktor, KKM sedia bekerjasama dengan SPRM

Kementerian Kesihatan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan tiga doktor kanan di Pulau Pinang / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 September – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan tiga doktor kanan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Penahanan itu dikaitkan dengan kartel yang didakwa memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

"KKM tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa dalam kalangan warga kementerian," menurut KKM menerusi kenyataan.

KKM juga akan memastikan tindakan tegas dapat diambil bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

SPRM pada Selasa menahan 32 individu termasuk dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan serta seorang doktor pakar hospital swasta bagi membantu siasatan berhubung kartel yang didakwa telah memalsukan tuntutan hilang upaya PERKESO di negeri itu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN