fb fb fb fb fb

Ops Tiris 3.0, lebih 50,000 liter minyak diesel dirampas

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam

PELABUHAN KLANG, 13 Disember- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas lebih 50,000 liter minyak diesel dalam serbuan Ops Tiris 3.0.

Siasatan awal mendapati nilai keseluruhan anggaran rampasan di anggarkan sebanyak RM900,000.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata rampasan dibuat di sebuah premis di Jeti Bagan Hailam, Pelabuhan Klang, sekitar pukul 3.00 pagi tadi.

Serbuan dilakukan oleh KPDN Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Hasil pemeriksaan awal semasa serbuan, kita mendapati permis terbabit adalah sebuah jeti yang digunakan oleh kapal-kapal tunda untuk berlabuh. Semasa serbuan, kita mengesyaki bahawa wujud aktiviti menyeleweng minyak diesel.

Minyak diesel tersebut di pam di kawasan darat. Jadi, pemeriksaan lanjut kita dapati minyak diesel tersebut memang dibeberapa ruangan kapal tersebut," kata Datuk Azman kepada pemberita dalam sidang media di Pelabuhan Klang, hari ini.

Lima lelaki berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun berjaya ditahan dalam serbuan berkenaan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM