fb fb fb fb fb

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, penjawat awam ditahan

Foto Ihsan polis

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun ditahan berhubung penemuan mayat seorang wanita yang ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pada pukul 6.00 petang tadi.

Menerusi kenyataan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pemeriksaan awal mendapati mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Sehubungan itu, siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada pukul 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM