fb fb fb fb fb

Wanita dilapor hilang selepas hantar kereta sewa pelanggan

Kenyataan Polis

TANJUNG MALIM, 12 Julai - Seorang pekerja syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak dilapor hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir memaklumkan, kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah itu dilapor pada oukul 1.56 pagi, hari sama.

Nur Farah berasal dari Sarawak dan merupaka bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kali terakhir dia dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam.

Orang ramai mempunyai maklumat, boleh hubungi Ibu Pejabat Muallim di talian 05-4596122 atau mana-mana balai polis berdekatan.

TETITIA YUSOFF