fb fb fb fb fb

Guan Eng nafi batalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan itu.

Guan Eng berkata kenyataan fitnah berhubung isu pengecualian cukai yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah tidak berasas dan tanpa sebarang bukti sokongan.

Guan Eng juga memaklumkan, beliau memberi peluang kepada defendan dengan mengeluarkan beberapa kenyataan supaya menarik balik dan memohon maaf berhubung kenyataan berunsur fitnah itu.

Bagaimanapun Muhyiddin gagal dan enggan berbuat demikian.

Ekoran daripada kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh Muhyiddin menyebabkan reputasi dan imej beliau sebagai ahli politik terjejas teruk.

Beliau berkata kenyataan fitnah itu telah tersebar secara meluas melalui akaun Facebook Muhyiddin sendiri yang menarik sejumlah besar pembaca dan komen dan disiarkan dalam pelbagai akhbar dan portal.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM