fb fb fb fb fb

Mayat kanak-kanak ditemukan di dalam kereta terbiar

Seorang kanak-kanak ditemukan di belakang premis kawasan Pertama Industrial Estate, Labuan/RTM

LABUAN, 22 November - Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di dalam sebuah kenderaan di belakang premis kawasan Pertama Industrial Estate, Labuan pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata mayat kanak-kanak berumur 8 tahun itu ditemukan oleh seorang mekanik bengkel yang berada berdekatan di kawasan tersebut.

"Kejadian disedari apabila seorang mekanik mahu mengalihkan kereta, namun terhidu bau tidak menyenangkan dari dalam kenderaan," katanya.

Mayat dikenal pasti sebagai Budin Jimsalin dan tiada dokumen diri.

Punca kematian masih dalam siasatan.

Menurut Superintenden Mohd Hamizi, siasatan awal mendapati kenderaan jenis sedan itu telah berada di tempat berkenaan sejak bulan Jun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
 
Polis turut menasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan kanak-kanak, khusus yang mempunyai keperluan khas atau cenderung keluar rumah tanpa pengawasan.
 

SITI AISHA MELISA YUHANIZ