fb fb fb fb fb

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam parit

Foto hiasan

SERI ISKANDAR, 10 Mac- Mayat bayi perempuan disyaki baru lahir ditemukan di dalam parit berhampiran tapak pembinaan hospital baru di Seri Iskandar, Perak.

Laporan berhubung kejadian diterima pihak polis pada pukul 3.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Hafezul Helmi Hamzah dalam satu kenyataan berkata, mayat bayi tersebut ditemukan tidak berpakaian dengan tali pusat telah dipotong.

"Bayi itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan tenggelam di dalam parit selain tiada kecederaan fizikal dikesan.

"Proses bedah siasat akan dijalankan pada esok di Hospital Changkat Melintang, Bota, bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 318 kanun keseksaan.

Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh menerusi talian 013-9740294.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI