fb fb fb fb fb

Khianat api di rumah Koo Ham: Tujuh individu dipanggil beri keterangan

Sehari selepas kejadian khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas awal pagi semalam/FOTO Polis Perak

IPOH, 11 Januari - Seramai tujuh individu dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung insiden khianat api di kediaman Datuk Ngeh Koo Ham sehingga menyebabkan tiga kenderaan milik Ahli Parlimen Beruas itu terbakar di Taman Semarak Jaya Ayer Tawar, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian itu.

"Pada ketika ini, kami (pihak polis) masih menunggu laporan tersebut selain memantau dan meningkatkan rondaan di kawasan kediaman Ahli Parlimen itu," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Awal pagi semalam, polis menemui satu botol disyaki mengandungi ‘molotov cocktail’ atau bom petrol yang menyebabkan kebakaran di garaj kediaman bekas Speaker Perak itu.

Akibat kejadian itu, tiga kereta musnah dalam kejadian itu, termasuk Mercedes E300, yang terbakar kira-kira 80 peratus.

Turut terbakar sebahagian ialah Honda CRV, dan Toyota Hilux, serta bumbung anjung rumah.

Polis menyiasat kejaidan itu mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

ARTIKEL BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN