fb fb fb fb fb

Penolong pegawai tadbir mahkamah direman bantu siasatan rasuah

SHAH ALAM, 11 Januari - Seorang penolong pegawai tadbir mahkamah direman empat hari kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan RM6,000 daripada sebuah syarikat pada 2021.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Farah Rosnan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

“Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM6,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya daripada sebuah syarikat sebagai balasan membocorkan maklumat sebut harga bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan serta penyelenggaraan landskap Mahkamah Syariah di Selangor, bernilai lebih RM130,000,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. - BERNAMA

GRACE AISYAH KEDAYAN