fb fb fb fb fb

Jemaah menteri kutuk insiden terhadap rumah ahli Parlimen Beruas

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 10 Januari- Jemaah Menteri mengutuk sekeras-kerasnya insiden lontaran molotov cocktail ke arah kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak pagi tadi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Jemaah Menteri mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bertindak berlandaskan undang-undang termasuk dalam mengurus perbezaan pendapat.

"Jangan sesekali cuba membuat percubaan mengapikan sentimen atau menghasut rakyat melanggar undang-undang terutama terhasdap mereka yang berlainan pendapat.

"Jemaah menteri turut memberi amaran keras bahawa sebarang tindakan yang melanggar undang-undang akan diambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan berkata polis individu yang disyaki melontar molotov cocktail ke kediaman ahli Parlimen Beruas itu sedang giat dikesan.

Insiden itu telah menyebabkan tiga buah kenderaan terbakar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI