fb fb fb fb fb

Rumah, tiga kereta milik Ahli Parlimen Beruas terbabit kebakaran

Kediaman dan tiga kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar terbabit kebakaran/FOTO Ihsan Bomba Perak

BERUAS, 10 Januari - Tiga buah kenderaan milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham terbakar di kediamannya di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.05 minit pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar digerakkan ke lokasi.

"Sebaik tiba mendapati tiga buah kereta telah terbakar 80 peratus dan masing-masing lima peratus di kawasan parkir rumah berkenaan. 

"Kebakaran 10 peratus juga membabitkan siling dan bumbung garaj kereta.

"Tiada mangsa cedera dan operasi ditamatkan pada 4.44 pagi selepas kebakaran dipadamkan," katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden itu dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, nama pemimpin parti DAP itu hangat diperkatakan selepas beliau mencadangkan agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Bagaimanapun, beliau tampil memohon maaf atas cadangannya kerana dia langsung tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal agama Islam ketika membuat cadangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN