fb fb fb fb fb

Kes rogol di sekolah, JPN Kedah janji tindakan tegas terhadap pesalah

Gambar Hiasan

ALOR SETAR, 16 Oktober- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memandang serius kes rogol dan penyebaran video kelakuan tidak senonoh yang berlaku di sebuah sekolah di negeri itu.

Justeru, JPN Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan dalaman telah dimulakan serta menegaskan tindakan buang sekolah akan diambil terhadap pesalah yang terbabit.

“JPN Kedah telah mula mengambil tindakan. Kes ini sedang berada dalam siasatan polis dan semua suspek telah ditahan reman. JPN Kedah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan.

“Tindakan segera juga telah diambil untuk memberi bantuan kepada mangsa dan tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian,” jelas kenyataan itu.

Menurut JPN Kedah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan dan sedang memperkukuh pelbagai aspek bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan warga sekolah.

Terdahulu, media melaporkan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol di sebuah sekolah di Baling.

BERITA BERKAITAN

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM