fb fb fb fb fb

10 hari bicara 13 remaja bunuh pelajar kolej vokasional

Tertuduh melibatkan 13 orang pelajar akan dibicarakan selama 10 hari di Mahkamah Tinggi Tawau bagi kes bunuh seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu

TAWAU, 13 Ogos- Mahkamah Tinggi Tawau menetapkan selama 10 hari perbicaraan terhadap 13 orang pelajar berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah pada Mac lepas.

Hakim Datuk Duncan Sikodol memaklumkan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 18 hingga 29 November depan dengan mengambil keterangan 12 orang saksi.

Seramai 10 orang tertuduh diwakili oleh peguam Kamarudin Mohamad, Ram Singh, Chen Wen Jye dan Abdul Gani Zelika, manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana dan Hurman Hussain.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh berusia 16 hingga 19 tahun itu didakwa bersama-sama menyebabkan kematian Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9.00 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac lalu.

Sehubungan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 24 Kanun sama yang memperuntukan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA