fb fb fb fb fb

Reman 13 pelajar Kolej Vokasional belasah rakan sampai mati dilanjutkan

Tahanan reman ke atas 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dilanjutkan sehingga 4 April

TAWAU, 29 Mac- Mahkamah Sesyen Lahad Datu melanjutkan tahanan reman yang berakhir hari ini ke atas 13 orang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu selama enam hari bermula esok sehingga 4 April depan.

Pelanjutan tempoh reman diluluskan oleh Majestrit Nur Asyraf Zolhani.

Kesemua pelajar berkenaan telah ditahan reman sebelum ini susulan terlibat dengan kes buli yang menyebabkan kematian seorang pelajar di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu pada 22 Mac lalu.

Terdahulu, IPD Lahad Datu membuat permohonan pelanjutan tempoh reman yang berakhir hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE