fb fb fb fb fb

11 nelayan asing positif dadah ditahan

Foto RTM

MERSING, 28 Mac- 11 nelayan asing yang menaiki tiga bot ditahan kerana disyaki positif dadah di Perairan Mersing, pukul 11.35 malam semalam (Rabu).
 
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, keempat-empat suspek yang berusia 22 hingga 43 tahun didapati positif pelbagai jenis dadah.
 
Jelas Suhaizan, 11 nelayan berkenaan terdiri daripada warga Indonesia (tiga orang),warga Laos (enam orang) dan Kemboja (dua orang)
 
Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. 
 
Terdahulu, 20 bot telah diperiksa dan 45 nelayan menjalani ujian saringan air kencing.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD