fb fb fb fb fb

Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah serahkan siasatan kepada PDRM

Mohd Fariza Amir Abdullah

SUNGAI BULOH, 18 Julai- Ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Perkara itu dinyatakan abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28 ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. 

"Terima kasih kerana menunggu kami disini, pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Itu ajer yang saya dapat cakap, untuk yang itu (siasatan) saya serah kepada pihak polis," katanya.

Dalam pada itu beliau juga memaklumkan jenazah adiknya akan terus dibawa ke Pekan, Pahang dan dijangka akan dikebumikan selepas Asar. 

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih dan meminta orang ramai terus mendoakan urusan adik bongsunya dipermudahkan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI