fb fb fb fb fb

Jenazah Istiqomah selamat dikebumikan di Pasir Mas

Sepanjang kerja pengebumian, suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan tersebut yang dihadiri anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung.

PASIR MAS, 20 Ogos- Jenazah guru, Istiqomah Ahmad Rozi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas pada pukul 11.50 malam tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di kediaman keluarganya di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, pada pukul 10.20 malam tadi dan disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Sepanjang kerja pengebumian, suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan tersebut yang dihadiri anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung.

Bapa Allahyarham, Ahmad Rozi Latimin, bersyukur kerana doanya agar jenazah Istiqomah ditemukan dan dapat dikebumikan dimakbulkan.

"Setiap kali solat, saya sentiasa berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan mencari Istiqomah. Allah SWT turut memudahkan permintaan saya supaya disegerakan pengebumian jenazah.

"Saya reda dengan apa yang terjadi kerana sudah tertulis perjalanan Allahyarham dan berharap agar pelaku mendapat tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang dituntut ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Melaka dibawa ke kediamannya di Kampung Kubang Badak.

Istiqomah, dilaporkan hilang di Kota Masai, Johor pada 27 Disember 2023 sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan tragis di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Melaka pada 31 Disember lalu.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM