fb fb fb fb fb

Jenazah allahyarham Cikgu Istiqomah diserahkan kepada waris

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah

BUKIT PALAH, 19 Ogos-Jenazah allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 34 tahun selamat diserahkan kepada waris di Hospital Melaka meskipun dalam keadaan kurang sempurna.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata kesemua waris telah dimaklumkan mengenai keadaan jenazah dan redha dengan ketentuan takdir.

"Alhamdulillah, waris dapat menerima seadanya telah di terangkan oleh pihak doktor tadi. Siasatan masih berjalan dan jika ada petunjuk baharu kita akan teruskan siasatan",katanya di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan dan pencarian anggota badan allahyarham Istiqomah akan diteruskan sekiranya terdapat sebarang petunjuk baharu, meskipun suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini.

Tambahnya, suspek akan ditahan di penjara Sungai Udang sehingga kes pendakwaan selesai.

Jelasnya, penemuan peringkat awal adalah anggota badan tanpa kepala, kaki dan tangan yang ditemui pada 31 Disember tahun lalu, manakala kepala dan tulang jari mangsa ditemukan selepas penangkapan suspek pada 5 Ogos lalu.

Jenazah allahyarham kemudiannya dibawa keluar pada pukul 2.10 untuk dikebumikan di Pasir Mas Kelantan.

Terdahulu pihak polis mengesahkan mayat Istiqomah ditemukan dalam keadaan tragis tanpa kepala, badan dan tangan dan ditemui dalam tong sampah di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Melaka, 31 Disember tahun lalu.

Istiqomah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja sejak 26 Disember lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD