fb fb fb fb fb

SSM rekod 591 aduan penipuan pelaburan sejak 2022

Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof

SEREMBAN, 19 Ogos-Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan sebanyak 591 aduan syarikat yang menawarkan penipuan pelaburan dan aduan dibawah Skim Kepentingan 2016 bermula tahun 2022 sehingga Julai 2024.

Menurut Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof, statistik itu menunjukkan penipuan pelaburan masih menjadi masalah serius dalam negara.

Jelasnya,bagi tahun 2023, aduan penipuan pelaburan meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 320 kes manakala penipuan Skim Kepentingan 2016 adalah 46 kes.

Sehingga Julai tahun ini sebanyak 190 aduan penipuan pelaburan diterima dan empat kes bagi penipuan skim Kepentingan 2016.

"Bahagian penguatkuasaan kita sentiasa berwaspada dan mengambil berat tentang perkara ini dan sebarang aduan yang dikemukakan akan siasat seperti mana yang saya sebut tadi sebahagiannya telah melalui proses untuk pendakwaan", katanya kepada media selepas merasmikan Program Bimbingan Usahawan (PBU 2024) di sini.

Seramai 700 usahawan tempatan menyertai program itu yang memberi pendedahan kepada kepentingan pendaftaran perniagaan, strategi perniagaan dan kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD