fb fb fb fb fb

Warga China ejen tawar khidmat imigresen ditahan

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh

PUTRAJAYA, 19 Ogos-Empat lelaki tempatan dan dua wanita China dipercayai ahli sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen melalui media sosial diberkas Jabatan Imigresen pada 15 Ogos lalu.

Kesemua suspek ditahan hasil risikan selama dua minggu di sekitar ibu negara, Selangor dan Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, sindiket ini menawarkan kemudahan Pas Lawatan Sosial (PLS) dengan bayaran antara RM1,200 sehingga RM15,000

"Apa tujuan mereka buat ini adalah untuk menawarkan Pas Lawatan Sosial untuk mereka berada lebih lama di Malaysia. Jadi daripada situ juga kebanyakan daripada mereka ini ada yang terlibat dengan tinggal lebih masa mereka hendak ada pas untuk mereka kekal berada di Malaysia secara sah", katanya pada sidang media di sini.

Turut dirampas 107 pasport pelbagai negara dan wang tunai lebih RM60,000 serta lima kenderaan.

Seorang lelaki warga China dipercayai pelanggan dan seorang wanita Filipina yang juga pembantu rumah kepada dalang utama turut ditahan.

Siasatan menyeluruh dijalankan dibawah Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959/63 termasuk jika ada pembabitan pegawai Imigresen.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD