fb fb fb fb fb

Isu stoking kalimah Allah: KK Supermart, syarikat pembekal didenda RM60,000

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

SHAH ALAM, 15 Julai- Mahkamah Sesyen Shah Alam mengenakan hukuman denda masing-masing RM60,000 kepada KK Supermart dan syarikat pembekal Xin Jian Chang Sdn Bhd.

Hukuman itu atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah, Mac lalu.

Hakim, Muhamad Anas Mahadzir membuat keputusan itu, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, memaklumkan tentang perkembangan baharu dalam kes tersebut.

Pengurus Besar syarikat KK Supermart, Tee Kok Hiem, dan Pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Hui San, telah membuat pengakuan bersalah.

Bagaimanapun, 26 Mac lalu, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri yang juga Pengarah KK Supermart, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam berkaitan kes itu.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM