KUALA LUMPUR, 5 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima dua laporan berkaitan ucapan dan tindakan Ketua Pemuda UMNO berhubung isu stoking tertera kalimah 'Allah' dijual di KK Mart.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu kenyataan berkata, siasatan keatas individu tersebut telah dijalankan.
"Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil," katanya menerusi kenyataan itu.
Kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah 'Allah' ini memandangkan mereka terlibat telahpun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan mahkamah," katanya lagi.