fb fb fb fb fb

Gaduh di parkir kelab malam, lapan lelaki ditahan polis

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya

KUALA LUMPUR, 29 Disember- Lapan lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis hiburan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur Selasa lepas.

Kesemua mereka berusia 26 hingga 46 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata polis menerima laporan berhubung kejadian yang melibatkan sekumpulan individu itu pada 10.07 malam.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan rasa tidak puas hati dalam urusan perniagaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Dellhan berkata tiga individu yang direman selama sehari telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala lima lagi direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 45 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di kawasan parkir premis hiburan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE