fb fb fb fb fb

Dua wanita diselamatkan jadi mangsa eksploitasi buruh paksa

FOTO HIASAN

KUCHING, 11 Oktober- Polis menyelamatkan dua wanita warga asing dipercayai mangsa eksploitasi buruh paksa dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Chawan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah menerusi satu kenyataan media memaklumkan, kedua-dua wanita berkenaan berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Dalam serbuan tersebut katanya, seorang wanita tempatan berumur 64 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 12, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, ATIPSOM 2007.

Sehubungan itu, orang awam untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat berkaitan eksploitasi buruh paksa dengan menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE