fb fb fb fb fb

Bekas pengurus inkubator MARDI dipenjara, denda

Bekas pengurus inkubator Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysi (MARDI) dipenjara dua tahun dan didenda

KUALA TERENGGANU, 15 Februari- Bekas pengurus inkubator Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysi (MARDI) dipenjara dua tahun dan didenda RM85,000 kerana menyalahgunakan kuasa bagi mendapatkan suapan.

Mahkamah sesyen Kuala Terengganu menetapkan hukuman penjara enam bulan ke atas tertuduh, Mohd Saiful Nizamsesyen Hussin, 43 tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hakim, Dazuki Ali menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh didapati bersalah dan disabitkan kesalahan mengikut seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.
 
Tertuduh sebelum ini didakwa menggunakan jawatannya dengan mencadangkan sebut harga syarikat milik isterinya.
 
Ia bagi mendapatkan kerja-kerja penambahbaikan sistem pemotongan untuk mempelbagaikan produk hasilan kilang jejari berjumlah RM17,000 Mac 2015.
 
Mahkamah memerintahkan hukuman ke atas tertuduh bermula tarikh sabitan, hari ini.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Asaari Salleh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI