fb fb fb fb fb

Abang Muhammad Zaharif gagal tahan sebak

Zarul Fitri Muhd Zamrid (dua kanan)

IPOH, 18 Disember- Abang kepada Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut selepas dilanggar pegawai kanan polis di sini gagal menahan sebak ketika hadir di Mahkamah Majistret Ipoh, pagi tadi.

Zarul Fitri Muhd Zamrid, 29, kemudian ditenangkan orang awam yang turut hadir memberi sokongan kepada keluarga mangsa di pekarangan mahkamah berkenaan.

Pagi ini, tertuduh kepada kes tersebut iaitu Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dihadapkan di mahkamah atas tuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perbuatan itu dilakukan pada 15 Disember lalu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, Perak.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

ARTIKEL BERKAITAN
Pegawai kanan polis didakwa di mahkamah atas tuduhan bunuh pelajar sekolah
Supek kes langgar pelajar didakwa bawah Seksyen 302
Keputusan dakwa pegawai kanan, bukti ketelusan siasatan polis - KPN
Pegawai kanan polis ditahan kes kemalangan maut pelajar 17 tahun
Pegawai kanan polis direman kes langgar mati pelajar depan sekolah

SITI AISHAH BINTI MD ISA