fb fb fb fb fb

Pegawai kanan polis direman kes langgar mati pelajar depan sekolah

FOTO HIASAN

IPOH, 16 Disember- Pegawai kanan polis direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, semalam.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 44 tahun itu direman sehingga Isnin depan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ia bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada pukul 12.40 tengah hari melibatkan sebuah kereta yang dipandu suspek serta motosikal yang ditunggang pelajar tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN
Pegawai kanan polis ditahan kes kemalangan maut pelajar 17 tahun

SITI AISHAH BINTI MD ISA