fb fb fb fb fb

Empat sekawan dipenjara 16 tahun rogol berkumpulan kanak-kanak 12 tahun

Empat pesalah di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini

KUALA TERENGGANU, 17 Disember- Empat sekawan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Sesyen sini selepas didapati bersalah kerana rogol berkumpulan terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, tiga tahun lalu.

Hukuman diputuskan oleh Hakim Nooriah Osman selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
 
Muhammad Farizal Fauzi, 20, Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 24, Muhammad Ghardafi Abdullah, 23, dan Ahmad Syah Herfudin Omar, 26, didakwa bersama-sama merogol mangsa di sebuah ladang sawit di Ketengah Jaya, Dungun antara pukul 9.00 malam sehingga 11.00 malam pada 29 September 2020.
 
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap Muhammad Farizal, Tuan Muhammad Shafiq dan Muhammad Ghardafi bermula tarikh sabit kesalahan, manakala Ahmad Syah Herfudin bermula tarikh tangkap iaitu 11 Oktober 2020.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim, manakala pesalah diwakili peguam, Wan Shahrizal Wan Ladin dan Mohd. Shahir Mat Jusoh.

SITI AISHAH BINTI MD ISA