fb fb fb fb fb

Supek kes langgar pelajar didakwa bawah Seksyen 302

Foto fail

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Supek yang dipercayai terlibat kes langgar pelajar tingkatan 5 Muhammad Zaharif Affendi di Meru, Ipoh akan menghadapi pertuduhan bunuh di Mahkamah Majistret Ipoh esok.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan berkata, "berdasarkan penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan pihaknya mendapati terdapat keterangan mencukupi bagi kesalahan membunuh bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek.

"Mahkamah Majistret akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh, untuk tujuan perbicaan," kata kenyataan itu.

Allahyarham Muhammad Zaharif yang menaiki motosikalnya maut berikutan kecederan parah pada bahagian dada dan abdomen selepas dilanggar dan diseret Pegawai Kanan Polis berkenaan di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI