fb fb fb fb fb

Pegawai kanan polis didakwa di mahkamah atas tuduhan bunuh pelajar sekolah

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini

IPOH, 18 Disember- Pengawai kanan polis dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi atas tuduhan membunuh pelajar tingkatan lima di Taman Jati, sini, Jumaat lalu.

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.

Perbuatan itu dilakukan pada 15 Disember lalu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, Perak.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasukan pendakwaan seramai lapan orang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi, manakala tertuduh diwakili peguam Loi Yang Loong.

Mahkamah menetapkan 7 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

ARTIKEL BERKAITAN
Pegawai kanan polis ditahan kes kemalangan maut pelajar 17 tahun
Pegawai kanan polis direman kes langgar mati pelajar depan sekolah
Keputusan dakwa pegawai kanan, bukti ketelusan siasatan polis - KPN
Supek kes langgar pelajar didakwa bawah Seksyen 302

SITI AISHAH BINTI MD ISA