fb fb fb fb fb

'Spider-Man' terus pecah panggung

LOS ANGELES, 10 Januari - Filem adiwira "Spider-Man: No Way Home" mencatat kutipan pecah panggung.

Laporan pemantau industri Exhibitor Relations menyebut, filem arahan Jon Watts itu kini mendahului senarai pecah panggung Amerika Utara dengan kutipan jualan tiket berjumlah $33 juta.

Di tempat kedua filem muzikal "Sing 2" ($12 juta) diikuti filem perisikan "The 355" ($4.8 juta), "The King's Man" ($3.3 juta) dan "American Underdog'" ($2.4 juta).

Kutipan global "Spider-Man: No Way Home" pula mencecah $1.42 bilion dalam tempoh empat minggu.

Malahan, kutipan kasar domestik yang berjumlah $669 juta setakat ini meletakkannya di kedudukan keenam senarai filem paling laris sepanjang zaman, di hadapan "Titanic" dan "Jurassic Park".

Filem keluaran Sony Pictures Entertainment itu dibintangi Tom Holland dan Zendaya.

Kos pembikinan menelan belanja $200 juta.

Media Baharu