fb fb fb fb fb

Program Ziarah Seni MADANI FINAS diteruskan tahun hadapan- Teo Nie Ching

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Seramai 48 orang penggiat industri telah menerima manfaat daripada program Ziarah Seni MADANI FINAS bagi meringankan beban warga seni yang memerlukan bantuan terutamanya dalam aspek kebajikan dan kesihatan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, program akan diteruskan pada tahun hadapan dengan menyasarkan 100 orang penggiat seni menerima manfaat dari program berkenaan.

"Kami akan terus memperkenal dan mempromosi inisiatif ini kepada lebih ramai orang kerana saya percaya walaupun sudah satu tahun, ramai lagi yg mungkin tidak sedar ada inisiatif ini, .

"Jadi kami juga harap lebih ramai orang boleh langgan program ini kerana ia ada banyak kebaikan bukan saja untuk pelakon, penggiat seni, tetapi juga kepada pemandu e-hailing serta lain-lain boleh dapat manfaat melalui program ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kediaman pelawak veteran, Sathia Periasamy, 60, yang mengalami serangan angin ahmar.

Lawatan merupakan sebahagian daripada inisiatif Ziarah Seni MADANI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Komunikasi , bertujuan membantu penggiat seni yang memerlukan sokongan.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan bakul makanan daripada Finas dan Perkeso.

Turut hadir Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS, Zed Zaidi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE