fb fb fb fb fb

Libatkan penyertaan artis tempatan dalam penggambaran filem, persembahan artis luar

(Datuk Seri Mohammad ketika berucap di Majlis PUSPAL bersama industri serta Pelancaran
Buku "Filming In Malaysia Guidebook" dan Garis Panduan PUSPAL Cetakan Kelima)

KUALA LUMPUR, 16 November- Penganjur bagi penggambaran filem atau persembahan artis luar negara digalakkan turut sama melibatkan penyertaan artis tempatan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek, ia sebagai langkah mempromosi bakat tempatan yang secara tidak langsung turut menaikkan industri seni dan kreatif negara.

"Tapi kita jangan lupa jugak artis tempatan. Sebab tu saya galakkan sebaik-baiknya bila kita jemput artis luar negara jemput artis dalam negara buat persembahan pembukaanlah.

"Yang penting pendedahan tu ada. Jadi selain kita menggalakkan kehadiran artis luar negara tapi kita juga tidak lupa mempromosikan artis dalam negara kita sendiri," kata Mohammad ketika berucap di Majlis PUSPAL bersama industri serta Pelancaran Buku "Filming In Malaysia Guidebook" dan Garis Panduan PUSPAL Cetakan Kelima di ibu negara.

Buku "Filming In Malaysia Guidebook" merupakan maklumat yang diperlukan oleh produksi luar negara bagi menjalankan penggambaran di Malaysia.

Menurut beliau setakat November tahun ini, Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) telah menerima sebanyak 392 permohonan merangkumi 322 permohonan persembahan artis luar negara dan 70 permohonan penggambaran filem dan dokumentari.

(Datuk Seri Mohammad berkata penganjur bagi penggambaran filem atau persembahan
artis luar negara digalakkan turut sama melibatkan penyertaan artis tempatan)

Media Baharu