Lima hilang, 19 cedera dalam kebakaran dua pangsapuri di Switzerland

Api yang marah menjulang dari tingkap beberapa kediaman di bangunan pangsapuri yang musnah – Foto AFP

GENEVA, 21 Ogos – Lima orang hilang, manakala 19 lagi cedera dalam dua kebakaran yang berlaku di dua blok pangsapuri di Thusis, Switzerland.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran memusnahkan sebuah bangunan yang menempatkan restoran dan unit kediaman; bahagian tangga runtuh menyebabkan bumbung terpaksa dibuka dengan kren.
  • Beberapa mangsa cedera dan dikejarkan ke hospital di wilayah Graubunden dan Zurich; dua dilaporkan dalam keadaan serius.
  • Kira-kira 100 anggota bomba dikerahkan dan usaha memadam masih giat dijalankan pada pagi berikutnya; siasatan menyatakan api bermula dari tingkat dua.
  • Dalam kejadian berasingan di Schaffhausen, kebakaran dapur melukaikan 11 orang; sembilan dimasukkan hospital termasuk seorang anggota polis.

Menurut polis, kebakaran besar itu yang berlaku tengah malam Jumaat memusnahkan sebuah bangunan yang menempatkan sebuah restoran dan unit kediaman penduduk.

“Bahagian tangga runtuh menyebabkan bumbung bangunan terpaksa dibuka menggunakan kren, ” menurut polis wilayah Graubunden dalam satu kenyataan.

“Lima orang masih hilang.

Manakala, 14 orang berjaya menyelamatkan diri, ” menurut kenyataan itu lagi.

Lapan daripada mereka cedera, termasuk dua dalam keandaan serius.

Kesemua mangsa yang cedera telah digegaskan ke beberapa hospital di wilayah Graubunden dan Zurich.

Kira-kira 100 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian, dengan usaha memadam api masih lagi giat dijalankan pada pagi Jumaat.

Satu siasatan telah dilancarkan bagi mengenal pasti punca kebakaran, yang menurut polis bermula dari tingkat dua.

Satu foto yang dikeluarkan polis menunjukkan bangunan pangsapuri itu diselubungi asap tebal dengan api marak keluar dari beberapa tingkap di tingkat atas, menyebabkan bahagian bumbung turut terbakar.

Dalam kejadian berasingan lewat Khamis, kebakaran berlaku di dapur sebuah pangsapuri dalam sebuah bangunan di bandar Schaffhausen, utara Switzerland, berhampiran sempadan Jerman.

Polis tempatan dalam satu kenyataan memaklumkan 11 orang cedera, dengan sembilan daripadanya dibawa ke hospital, termasuk seorang anggota polis.

Polis berkata, anggota bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke unit lain dalam bangunan berkenaan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.