100,000 pengunjung dijangka hadiri Festival Ambang Merdeka 2026, PM dijadual beri amanat

Foto Facebook MOTAC

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Lebih 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan Festival Ambang Merdeka 2026 yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka bermula 29 hingga 31 Ogos.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tema 'Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati' menampilkan muzik, seni, budaya, teknologi kreativiti dan pelbagai aktiviti komuniti.
  • Kemuncak festival pada malam 30 Ogos termasuk persembahan pentas dan Majlis Amanat Perdana oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Seramai 69 penari kebudayaan akan berarak bersama 69 Jalur Gemilang sebelum acara menaikkan Jalur Gemilang dan lagu Negaraku.
  • Festival menampilkan projection mapping di Bangunan Sultan Abdul Samad, serta konsert animasi dan permainan digital gabungan muzik orkestra.

Festival sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 bertemakan ‘Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati’, bakal menyediakan pelbagai pengisian menarik antaranya persembahan muzik, seni, budaya, teknologi kreativiti dan aktiviti komuniti.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penganjur memaklumkan kemuncak festival akan berlangsung pada malam 30 Ogos dengan persembahan pentas diikuti Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 yang akan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menjelang detik 12 tengah malam 31 Ogos, seramai 69 penari kebudayaan pelbagai kaum akan berarak bersama 69 Jalur Gemilang sebelum acara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu Negaraku.

“Seterusnya, pertunjukan bunga api sebagai tanda sambutan Hari Kebangsaan kali ini,” katanya.

Selain itu, festival akan turut menampilkan elemen teknologi menerusi projection mapping atau pemetaan projektor di Bangunan Sultan Abdul Samad selain, konsert animasi dan permainan digital yang menggabungkan muzik orkestra, animasi dan kandungan kreatif tempatan.

DBKL turut menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan merancang perjalanan dengan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar pusat bandar sepanjang penganjuran festival berlangsung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.