fb fb fb fb fb

Lewis Pragasam meninggal dunia akibat serangan jantung

Lewis Pragasam

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Pemain dram terkemuka negara, Lewis Pragasam meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah pusat perubatan swasta pada pukul 3.00 pagi tadi.

Menerusi Facebook kelab peminatnya, Pragasam, 66 tahun rebah di pentas kira-kira pukul 9.00 malam tadi ketika menjayakan konsert bersempena Krismas di Petaling Jaya, Selangor.

Mendiang Pragasam mengalami masalah kesihatan berkaitan jantung sejak dua bulan lalu.

Pemergian mendiang turut dirasai kehilangan oleh rakan-rakan industri muzik.

"Saya bersedih atas pemergian mendiang Pragasam hari ini dan Allahyarham Ibnor Riza yang juga menemui ajal semalam dan semoga roh mereka dirahmati," kata rakan, Freddie Fernandez menerusi Facebook.

Anak jati Kuala Lumpur itu pengasas kepada 'Asiabeat Project' yang dilancarkan pada 1979.

Mendiang pernah bekerjasama dengan artis terkenal dunia termasuk Paul Jackson dan Tony Levin dan kerap terbabit dalam persembahan festival antarabangsa termasuk di hadapan Putera Charles.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM