KUALA LUMPUR, 3 Mac- Penyanyi Indonesia, Cakra Khan tampil menghiburkan peminatnya menerusi konsert 'A Decade Cakra Khan, Live in Kuala Lumpur', baru-baru ini.
Konsert diterajui Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS itu berjaya menarik hampir 3,000 penonton daripada pelbagai peringkat usia.
Antara barisan lagu-lagu popular yang dipersembahkan Cakra Khan termasuklah Rindu Tak Bersuara, Kekasih Bayangan dan 'Broken Symphony'.
Konsert selama kira-kira tiga jam itu turut dijayakan tiga penyanyi undangan iaitu, Datuk Seri Rossa, Dayang Nurfaizah dan Judika.