fb fb fb fb fb

Filem 'The Experts' ditayang di Festival Filem Antarabangsa Shanghai

Barisan pelakon, pengarah, penerbit filem The Experts pada tayangan perdana/Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Jun - Filem aksi terbaru 'The Experts' mencatat pencapaian cemerlang apabila dipilih untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang berlangsung dari 14 hingga 23 Jun ini.

Menerusi segmen ‘The Belt and Road Film Week’ filem itu akan dipertontonkan di pelbagai lokasi termasuk Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China.

The Experts menjadi antara filem pilihan sebaris dengan filem-filem dari luar antaranya Sima’s Unfinished Narration dari Iran, Pictures of Ghost dari Brazil, Matryoshka dari Jerman, Children of the Sea-Jepun dan Nasty - Itali.

Filem The Experts lakonan mantap Datuk Aaron Aziz,Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap ,Maya Karin dan ramai lagi masih ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Filem arahan Andre Chiew dan Nazim Shah itu mengisahkan lima adik-beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak kemudiannya kembali berkumpul kerana satu ugutan.

GRACE AISYAH KEDAYAN